Monday, September 16, 2013

Jom Bisnes bersama Kain Cotton

Assallamualaikum..hahha..bersua kita kembali...
Selamat bercuti semua..musim bercuti ni mak mentua dan adik ipaq mai dari Perlis..
Sungguh gembira hati ini dengan kehadirannya. Riuh rendah dibuatnya..
Esok sudah mula berkerja..depa pun sudah berangkat pulang..mudah-mudahan selamat sampai.
Saya pula cepat kemas-kemas rumah dan apa yang patut..

Tengah malam, ada sikit masa untuk mambuat catatan....hehehe...apalagi
nak habaq kita ni juai kain..meh la sapa-sapa nak jadi agen/stokis..



PENDAFTARAN AGEN KINI DIBUKA

Kepada Tuan,Puan serta pelanggan yang dikasihi,pendaftaran agen kini dibuka.Bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan sampingan hanya dengan menjual kain cotton 100% asli.

1) PENGEDAR/STOKIS
- Stok ditangan anda.
- Modal Rm360/6 pasang.
- Anda boleh menjual kepada customer anda sendiri.
- Harga dari Rm90 - Rm120.
- Untung antara (Rm30 - Rm60 sepasang)

2) PENGEDAR DROPSHIP
- Stok di tangan kami.
- Anda tidak perlu simpan stok,tidak perlu modal,tidak perlu
  menghantar barang. Segalanya diuruskan oleh kami.
- Anda Cuma perlu promosikan produk kami.
- Sepasang kain terjual,anda diberikan komisen sebanyak Rm20.
- Anda perlu daftar Rm90 utk seumur hidup percuma sepasang kain.

Mahukah anda,kami tunjukkan caranya?
Sila hubungi kami sekarang
PM kami disini :www.facebook.com/message/CikBedahKainCotton
Call atau SMS : 012-692 1652 [Cik Siti]




Jangan tunggu lama-lama..
Tambah pendapatan..anda bantu saya..
saya bantu anda...:)

Sekian Wasallam..
Indahnya anugerah...

Wednesday, September 11, 2013

Aktiviti terbaru - Perniagaan Online Kain Cotton

Assallamualaikum..
Sudah lama menyepi daripada membuat catatan cerita-cerita terbaru..
Faktor kesibukan dengan kerja,keluarga,serta masalah kesihatan yang kurang memuaskan..
Alhamdulillah semuanya sudah beransur pulih..thank you Allah...

Sekarang saya nak bercerita mengenai aktiviti terbaru saya..
hah nak tau tak...membuat perniagaan online KAIN COTTON. Saya adalah stokis sah Hanan Amani, yang pernah keluar didalam rancangan NONA terbitan TV3.


Baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecil-kecilan..alhamdulillah atas sokongan dan galakkan keluarga serta suami..Biasalah dalam perniagaan kadang-kadang untung,kadang-kadang rugi.Apa yang penting rezeki itu Allah yang berikan..Berusaha,berdoa dan tawakal adalah resepinya..
Mudah-mudahan rezekiku akan bertambah denagan izinnya..

Jom kita tengok gambar-gambar kain..
Mana tau anda semua berkenan..beli untuk pakai sendiri,beli untuk hadiah pada orang atau beli untuk menambah pendapatan..manarik bukan...:)







Kalau nak tengok aktiviti perniagaan saya boleh lihat di page di facebook.
www.facebook.com/CikBedahKainCotton.
Tel atau sms di : 012-692 1652


Ok Sekian..
Rezeki Allah Yang beri...

Kelebihan dan kebaikan kain kapas (Cotton)

Assallamulaikum..semua..

Hari ini, saya nak bercerita mengenai kelebihan dan kebaikan kain kapas(Cotton). Alang-alang dah menjual kain kapas(cotton) ,jadi saya berbesar hati untuk kongsikan kepada anda semua..
Diharap anda semua suka.:)

Kepada pencinta atau baru mahu bercinta dengan kain kapas (cotton). Kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai kelebihan dan kebaikan kain kapas (cotton), yang kini menjadi kegilaan ramai seiring dengan fesyen terkini.

Sebut sahaja tentang kain kapas (cotton),pasti semua teringat akan langsir,cadar,alas meja serta pakaian dirumah bukan.Kain kapas (cotton) ini sememangnya popular sejak dahulu sehingga kini.Cuma yang membezakannya adalah jenis kain kapas (cotton) yang kini berleluasa dalam bidang tekstil.Kain Kapas (cotton) terdapat dua jenis,iaitu 100% asli dan campuran.

Disini kami ingin menerangkan jenis kain kapas (cotton) 100% asli.Ianya dihasilkan daripada kain kapas tanpa campuran bahan lain.Biasanya dicantumkan dengan 40 sehingga 60 benang menegak dan melintang.

Mari kita lihat diantara kelebihan kain kapas (cotton).

1) Tekstur kain yang lembut,tidak berkanji,sejuk dan tidak mengecut. Apa yang pasti ianya selesa dipakai.

2) Kain kapas adalah hypoallergenic atau tahan hama dan habuk.
Dimana ianya adalah kain pilihan yang terbaik untuk orang yang mengalami asma, alahan atau mereka yang mempunyai masalah kulit sensetif dan mudah terdedah kepada kerengsangan.

3) Ianya juga bersifat semula jadi.Ini kerana tekstur kainnya yang membenarkan peredaran udara berfungsi dengan baik bagi membantu mengeluarkan dan menyerap lembapan kulit,menjauhkan kepanasan serta mengekalkan suhu sejuk dan kering pada badan.

4) Menpunyai gentian paling kuat iaitu tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan.Sebagai contoh, kebanyakkan hospital menggunakan kain kapas sebagai cadar dan pakaian pesakit.Bagi menjalankan proses tersebut ianya perlu direndam pada air yang menggelegak untuk mematikan kuman.Disini kita dapat lihat tekstur kain masih lagi baik dan bertahan lama.

Itu saja yang dapat kami kongsikan. Sekiranya ianya memberi manfaat pada orang lain..sudilah kiranya kita kongsikan.

Note: Tahukah anda pakaian yang diperbuat daripada kain kapas ini menjadi pakaian kesukaan Nabi?

Haditsh Anas bin Malik r.a; Diriwayatkan daripada Qattaddah r.a: bertanya kepada Anas bin Malik; Pakaian apakah paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w?. Beliau menjawab:Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihiasi.- sumber dari internet-

Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kami..

Tuesday, March 26, 2013

Permata Hati

Indahnya anugerahmu Ya Allah..syukur kepadamu diatas anugerah ini..
Permata hati bukannya wang yang banyak,emas belian yang berkotak-kotak,rumah yang besar, kereta yang mahal dan apa sahaja yang dirasakan mewah. Kerana permata seperti ini hanyalah bersifat sementara.Permata yang dimaksudkan disini adalah anak.Setiap perkahwinan pasti inginkan permata ini...

Anak adalah permata yang paling berharga,walau kita kaya berharta sekalipun,kehidupan kita pasti akan sunyi tanpa gelak,tawa riang permata ini. Untuk mendapatkanya kadang-kadang mudah dan ada kalanya payah walaupun pelbagai usaha dilakukan. Ketahuilah..itu semua rezeki yang Allah hendak berikan kepada umatnya,cuma cepat atau lambat.Berusahalah,berdoa & bertawakal kepada Allah. Itulah jalan yang terbaik.

Sesungguhnya beruntunglah wahai kaum hawa,diciptakan rahim supaya dapat mengandungkan,melahirkan dan seterusnya membesarkan permata ini.

   1] Mengandungkan permata ini,memang banyak dugaan dan rintangannya.
       Selama 9 bulan permata ini berada dalam rahim hawa. 
       Permata membesar dengan sempurnanya.    
      
   2] Melahirkan permata ini seperti pertaruhkan nyawa sendiri untuk
       menyelamatkannya.Menitis air mata dan hilang segala kesakitan
       melihat permata yang dianugerah olehmu Ya Allah..
       
   3] Membesarkan permata ini bukanya mudah. Kalau tidak kena dengan caranya,
       rosak la permata ini. Oleh itu jagalah, peliharalah permata ini
       sebaik yang mungkin.
       
Anaklah permata itu. Kita hargailah permata ini inshaallah permata ini jua lah yang akan menghargai kita kelak. Semoga permata  yang kita lahirkan dapat menjadi anak yang berguna, soleh & solehah. Amin...


                                             Nazatul Sofea Bt Putra..permata hatiku..
                                          Sofea @ pia panggilannya...


Beberapa dialog pendek yang mungkin buat para ibu tertawa..hahahhaha...
Si anak kecil masih belum faham perbezaan..
bila dikenang sungguh melucukan..
 1] Umur
     Anugerah Allah muka si anak mirip ayahnya.
     Si Ibu : Berapa tinggi Sofea?
     Si Anak : Tinggi Sofea mesti sama dengan ayah.
     Si Ibu : Kenapa sama dengan ayah?
     Si Anak : Ye la muka sofeakan sama dengan ayah.
     Si Ibu : hahahaha..[tergelak]

2] Jam
   Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Si anak bertanya kepada ibunya.
   Si Anak : Ibu, pukul berapa ayah balik kerja?
   Si Ibu : Pukul 11.00 malam,ayah balik kerja nak.
   Si Anak : Lambatnya ayah balik. Nanti ibu telefon ayah,
                 suruh ayah balik 1.00 pagi. cepat sikit.
   Si Ibu : ??? [terus tergelak]

3] Putra    
    Kami sekeluarga batu beberapa bulan pindah di Saujana Putra.
   Si Anak : Ibu, Sofea tengok rumah kita sama nama ayah lah,
                 lepas tu klinik putra,kedai putra pun ada.
                 Kenapa semua nama ayah?
                 Kenapa nama kita tak ada?geram la Sofea.
   Si Ibu : Ntah la ibu pun tak tau..[sat g terangkan pun tak faham gak]
              gelak jer la...

4] Nasi Goreng
   Disebuah restoran, sedang mengambil pesanan makanan.
   Si Pengambil Pesanan : Nak makan apa?
   Si Ayah : 2 set nasi goreng kampung, 1 set nasi goreng cina untuk Sofea.
   Si Anak : Tak nak..tak nak..Sofea tak nak nasi goreng cina.
                 Sofea nak nasi goreng melayu
   Ayah, Ibu dan pengambil pesanan tercengang dan tergelak dibuatnya...


HAHAHAHA...penat jari ni..otak pun dah penat..
cukup..cukup..cukup sudah..
cukup sampai disini saja..
tanganku penat sudah..
lebih baikku berundur saja..